KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PETA MINDA
TONY BUZAN SUMBER DARIPADA GOOGLE |
APA ITU PETA MINDA?
Tony Buzan yang
berasal dari Britain telah memperkenalkan peta minda pada tahun 1984. Peta minda merupakan
rajah yang mewakili perkataan atau idea yang dihubung dan disusun mengelilingi
idea utama. Alat berfikir ini juga membantu pelajar untuk mengklasifikasi,
menjana, menggambar dan menstruktur idea dalam penyelesaian masalah serta
penulisan esei. Melalui alat berfikir
peta minda, pelajar hanya perlu mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
CONTOH PETA MINDA SUMBER DARIPADA GOOGLE |
KELEBIHAN
- Pembelajaran lebih terancang kerana nota telah tersusun mengikut topik. Hal ini memudahkan pelajar untuk membuat ulang kaji dengan masa yang singkat. Pelajar juga akan lebih fokus untuk memahami konsep yang telah dibuat rumusan dengan peta minda.
- Pelajar akan lebih rajin untuk membuat nota kerana pada masa ini mereka dapat menonjolkan kreativiti mereka dalam menghasilkan peta minda. Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan peta minda dan hanya mereka yang memahami peta minda tersebut.
- Mudah diingati kerana setelah pelajar memahami topik tersebut mereka akan membuat rumusan berdasarkan topik itu dalam bentuk peta minda. Melalui cara tersebut daya ingatan pelajar dapat ditingkatkan.
- Merangsang fungsi otak kiri dan otak kanan.Otak kiri berfungsi untuk memproses info secara linear, mengenal pasti idea yang penting dan menyelesaikan masalah secara berurutan. Otak kanan pula berfungsi untuk memproses info secara holistik, menggunakan intuisi untuk menyelesaikan masalah dan lebih kreatif.
CONTOH PETA MINDA SUMBER DARIPADA GOOGLE |
KELEMAHAN
- Memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan peta minda yang berwarna-warni, mempunyai gambar dan pelbagai bentuk.
- Pelajar perlu menguasai tajuk tersebut dahulu baru boleh menghasilkan peta minda yang menarik. Sekiranya peta minda digunakan untuk pembentangan,pelajar perlu menguasai tajuk tersebut dahulu sebelum membuat pembentangan. Pelajar perlu ada kemahiran untuk menghurai isi agar ahli kumpulan yang lain memahami perkara yang ingin disampaikan.
- Pelajar perlu mahir mengenal pasti antara isi dan huraian dalam nota atau teks yang dibaca sebelum diaplikasikan dalam bentuk peta minda.
Comments
Post a Comment